ALAT MUZIK SABAH
Kebanyakaan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada
bahan-bahan asli. Sebagai contoh, tongkungon, turali, suling (atau seruling),
sompoton dan togunggak diperbuat daripada
buluh.Kordofon - (tongkungon, gambus,sundatang atau gagayan)
Erofon - (suling, turali atau tuahi, bungkau dan sompoton)
Idofon - (togunggak, gong,kulintangan)
Membranofon -(kompang,gendang atau tontog).
GONG
Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena
permainan muzik dan ianya digunakan dalam hampir kesemua upacara
sosial.Bilangan gong yang dimainkan bersama berbeza-beza mengikut keperluan masyarakat setempat. Satu atau dua buah gendang juga sering dipalu bersama untuk menseragamkan iramanya.
Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang tinggi. Ia juga digunakan sebagai hantaran berian, upacara kepercayaan animistic, isyarat dan perayaan pesta-pesta menuai Sejak akhir-akhir ini suku kaum Rungus di Kudat ada membuat gong yang dibentuk dari kepingan besi galvanic yang dibeli di sini.
Gong yang lebih popular mempunyai dinding yang tebal, bibir yang dalam serta tombol yang besar, ditempah dari Filipina, Indonesia atau Berunei.
Kecapi
mulut dibuat daripada kulit sejenis pokok palma yang dikenali sebagai polod oleh
suku kaun Kadazandusun. Untuk mengukir bentuknya, ianya memerlukan tangan yang
halus dan mahir. Alat ini lazimnya ditemui di kawasan-kawasan suku-kaum
Dusun.
Kepingan berkayu yang nipis di tengah alat ini digetarkan
dengan memukulnya dengan ibu jari. Getaran kepingan kayu ini menghasilkan bunyi
yang kecil tetapi dengan meletakkannya di hadapan mulut sipemain boleh
membesarkan bunyinya melalui salun (bunyi yang berbalik).Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah mulut serta kedudukan lidah. Apabila tidak dipakai, alat ini selalunya disimpan dalam bekas tiub buluh kecil agar ianya tidak rosak dan sentiasa dalam keadaan bersih.
No comments:
Post a Comment