Kompang ialah
sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong
dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat
daripada kulit kambing.
Pada kebiasaannya, seurat
rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu
bertujuan menengangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang.
Kini, gelung plastik turut digunakan.
Alat muzik ini berasal
dari dunia Arab dan
dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh
pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang
Arab.
Kompang biasanya berukuran
enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah
permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan
sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.
No comments:
Post a Comment