Wednesday, 21 November 2012

Tempat bersejarah di Melaka ---Bukit China

Bukit China PDF Print Write e-mail

bukit_cinaBukit Cina merupakan sebuah bukit yang mana dahulunya adalah penempatan orang Cina yang terawal di Melaka. Ia seluas 26 hektar dan merupakan kubur Cina yang terbesar di luar Negara Cina. Ia mengandungi lebih kurang 12,500 kubur dan banyak daripada batu nisan di situ dikatakan wujud sejak dari Dinasti Ming.
Pada pertengahan kurun ke-15, Puteri Hang Li Po, cicit Maharaja Yong Lo, Maharaja Cina Dinasti Ming, telah dihantar ke Melaka untuk berkahwin dengan Sultan Mansur Shah pada tahun 1459 bagi mengukuhkan lagi hubungan diplomatik di antara Melaka dan Negara Cina. Baginda Puteri membawa bersamanya rombongan pengiring seramai 500 orang. Bukit Cina, merupakan hadiah daripada Sultan Mansur Shah dan telah dijadikan tempat tinggal mereka sehingga kejatuhan Melaka ke tangan Portugis.

No comments:

Post a Comment