Sunday, 11 November 2012

Majlis Perkahwinan Orang India
















 











 


                         
Pengantin Bersanding

Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.

Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang. Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.

Beberapa faktor penting yang diambil kira sebelum upacara perkahwinan dilangsungkan untuk mendapat kebahagiaan hidup, antaranya seperti masa yang baik untuk melangsungkan perkahwinan, pengertian thaali, valatu kal, pemberian manisan, hadiah, penghormatan kepada pengantin lelaki, simbol pokok pisang, jamuan perkahwinan dan meroboh khemah perkahwinan.

Kolem dan Khumbem
Alipu (Mengarak Lampu)
Minji (Sarung Cincin Lelaki)
Paal (Menyapu Susu Lelaki)
Minji (sarung Cincin Wanita)
Paal (Menyapu Susu Wanita)
Upacara Akad Nikah
Memohon Doa Restu
Paal Abisygem
(Cuci Kaki Ibu Bapa)
Paal Abisygem
(Cuci Kaki Ibu Bapa)
Malei Mathel
(Bertukar Bunga Malei)
Ayeer Mantherem(Juru Nikah)
Otthianem (Aksesori)
Perkakasan Upacara Perkahwinan
Perkakasan Upacara Perkahwinan
Phavitirem - Theperpul
(Memakai Cincin Daun)
Poree (Membakar Ramuan)
Samenthi Phutu
Thali
(Rantai Daripada Benang)
Vaalem Varuthel
(Membuat Tiga Pusingan)
Tallapha
(Perhiasan Kepala)

Saolan 1
Nyatakan langkah-langkah menjalankan upacara perkahwinan orang India  ?

Soalan 2
Siapakah yang akan membacakan doa untuk kedua-dua pengantin  ?

Soalan 3
Berapakah jenis bijirin yang akan ditabur ke atas kedua-dua pengantin selepas menyarung cincin  ?




 ..




 

 
 
 
   








































 
































  • No comments:

    Post a Comment