Permainan Batu Seremban
Pengenalan
Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.
Cara Bermain
Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat.
Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak
perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara
berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.
Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.
Cara Bermain
Dalam bermain Batu Seremban ini
terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula
dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang
dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau
peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
Permainan Gasing
Pengenalan
Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama
di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung,
gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing
Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih
gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah
dipermainkan.
Cara Bermain Permainan Gasing
Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.
Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.
Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.

Permainan sepak Raga
Pengenalan
Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat
Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih
dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu
sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh.
Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang
dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. uh
dunia
Cara Bermain
Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung
bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan
kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain.
Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah
bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi.
Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.
Permainan Wau
Permainan wau ini juga dikenali dengan
layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung.
Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di
kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Wau
dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung,
wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau
lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari
oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi
kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain
dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan
dinding
Cara Bermain
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu.
Congkak
Pengenalan
Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.
Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".
Cara-cara Bermain Congkak
a)Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.
(b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.
(c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.
(d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.
(e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah

No comments:
Post a Comment