Muzik ini boleh didefinasikan sebagai salah satu seni
yang dihasilkan sama ada secara individu atau berkumpulan. Ianya dapat dimainkan
dengan pelbagai jenis alat muzik. Diantara alat-alat muzik yang diperkenalkan adalah
seperti berikut:
TAWAK
Dibuat dari perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut di tengah-tengah bahagian permukaannya. Ia juga berpasangan (ibu dan anak). Bagi tetawak ibu bunyinya rendah dan bergema manakala tetawak anak, nada bunyinya nyaring. Alat muzik ini dapat menghasilkan bunyi seperti 'chak, dong, peng'.
SAPE

Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya
panjang dan berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang.
Dipermukaan sapeh ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif orang Iban Sarawak
serta diwarnakan samada merah atau hitam.
ENGKROMONG
Gong kecil diperbuat daripada perenggu
berbentuk periok. Berbusut di tengah permukaannya. Lapan buah gong bagi satu set
diatur berbaris di atas para yang panjang. Semua alat-alat muzik ini dimainkan
oleh kaum lelaki.
Walaubagaimanapun ada sebahagian kecil
alat-alat muzik ini dimainkan serta dipratikkan oleh kaum wanita khususnya warga
tua masyarakat Iban. Selain daripada dimainkan untuk hari perayaan mereka, iaitu
“Hari Gawai” ia juga dipamerkan kepada orang ramai terutama para pelancong yang
ingin mengetahui kebudayaan seni muzik masyarakat Iban khususnya dinegara
ini.
terbaiklah!
ReplyDelete