Wednesday 21 November 2012

Tempat bersejarah di Melaka---Tokong Sam Poh Kong.

 sampo

Salah satu lagi bangunan yang dijaga rapi ialah Tokong Sam Poh Kong. Cucur atap tokong ini dihiasi dengan patung dan animasi mitos yang diperbuat daripada porselin. Ukiran dan hasil sampang pada pintu dan birai hias juga amat menakjubkan.

Tokong ini dibina bagi memperingati Laksamana Cheng Ho dan dinamakan sempena seekor ikan yang menyelamatkan kapal laksamana daripada karam selepas terkena petir dalam perjalanan ke Melaka dari Cina. Ikan itu dikatakan menempatkan dirinya untuk menutup bahagian kapal yang rosak bagi mengelakkan kapal tersebut daripada dimasuki air.


No comments:

Post a Comment