Wednesday 21 November 2012

Tempat bersejarah --Tokong Cheng Hoon Teng di Melaka

Jalan Tokong, Melaka chenghoontengtemple

Tokong Cheng Hoon Teng dibina pada tahun 1645 oleh Kapitan Cina Tay Kie Ke. Pada masa itu, tokong ini bukan sahaja digunakan sebagai memenuhi keperluan keagamaan, tetapi juga berfungsi sebagai pusat pentadbiran rasmi dan mahkamah untuk Kapitan.

Selain daripada Kapitan Tay, Kapital lain yang penting termasuklah Ki Wei King, Chan Lak Kua dan Chua Su Cheong. Kapitan Chua bertanggungjawab untuk pembinaan semula tokong ini pada 1801 manakala Kapitan dan Teng choo selepasnya menyumbang kepada tambahan estetik dan struktur bangunan itu. Pada 1824, pemerintahan British menghapuskan sistem Kapital dan ketua Tokong dikenali sebagai Teng Choo, dan mengambil alih beberapa tanggungjawab Kapitan.

Tokong ini menerima pengiktirafan UNESCO dalam senarai Anugerah Merit untuk Pemuliharaan Warisan Budaya.

Selepas  guru memberi penerangan mengenai tokong Cheng Hoon Teng di Melaka,guru memberi beberapa soalan untuk menguji pemahaman murid.


1.Bilakah tokong Cheng  Hoon Teng dibina  ?
2.Siapakah yang membina tokong Cheng Hoon Teng  ?
3.Pernahkah tokong ini menerima pengiktirafan  ?Persatuan manakah yang memberi pengiktirafan  ?

No comments:

Post a Comment